CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, May 31, 2009

SORI SEBAB LAMA MENYEPI...

Holla sume..
apa kaba?..kita x brape sihat lah dah 3 hari demam, 2 malas nak buka blog ni. lagi pun skrg kat kampung jadi biasa lah banyak agenda nak dilakukan bersama2 keluarga kat kampung...
perkara wajib bila balik kg semestinya lepak sama2 kat anjung rumah tanya perkembangan masing2 macam mana...2 macam malas nak buka blog ni. Tapi korang sume jangan risau akan adalah berita2 yang akan kita postkan dekat blog kesayangan kita ni...bukan apa, kita kan baru dapat anak buah baru, nati kita post kan pic dia k..sebab 2 malas nak manjakan diri ngan blog asyik duk layan dia jer. Dah lah comel, x banyak kerenah memang mudah lah nak jaga dia. Kje dia cukup mudah..minum susu + tido, sebab 2 dia cute mcm aku jugak..olalalala....

ok lah korang aku ada hal sikit, nati apa2 news aku akan masukkan kat blog aku nati k..
korang sume tunggu tau..

Friday, May 15, 2009

JUNIOR POSESO 07/10 MEMANG TERUK...

Holla sume..
petang ni aku nak berstory2 sikit pasal aku disentapkan kat room ekuliah website UMT..memang sial tau, dulu aku ada post satu topik..tajuk topik 2 berbunyi "apa kaba student policy" punya baik senior tanya kaba junior kan..kemudian adalah manusia2 yang diundang masuk kat topic 2 duk kata dak poseso x berkualiti lah apa lah, sume ada pendek kata cos aku study zaman degree x elok lah di mata dia. Aku pun x tahu kenapa statment ngeri macam 2 keluar. aku rasa kalau yang tulis 2 girl dia mesti x dibalas cinta oleh dak poseso, kalau laki yang tulis mesti kecewa tahap cipan kat dak poseso x balas cinta kan..apapun alasan aku x peduli yang menjadi masalah sekarang kenapa aku yang jadi mangsa, dah lah 2 letak pulak pic bendera negeri sembilan nampak sangat ore negore x bertamadun (sore ok korang yg negeri sembilan bukan sume yang k.o) memang sial sangat..

2 sekor yang katanya bukan dari cos aku dulu, ni junior aku sendiri k sentapkan aku...perlu ker statment aku study ukm ngan cakap cos apa perlu ker..ayooo junior2 aku yang begitu jaga tepi kain suka tau, aku tahu sangat sapa penulis 2..aku nak tunggu jer publishkan, dia jalan pun x betul ada hati nak komen kat aku, aku buat topik 2 pun sekadar nak tanya kaba dan jelaskan kedudukan kos policy kat UMT dia pulak yang over2 2 kenapa..jalan pun x betul ada hati nak komen orang...untuk info korang junior aku yang tulis ni muka very ingat ratu lah, tapi choy!! aku siap lah sapa mulakan dulu akan aku kerjakan habisan. Ni org kata silap lubanglah gaduh ngan aku, tajuk aku buat elok dimaki2 aku...aku guna tagline "leed,uk" suka hati aku lah 2 aku punya pasal, memang sial sangat2 kalau dia CGPA 2 power x apa ni paper pun nak diboikot ala2 dapat markah rendah untuk tugasan ngan midterm..eloo org yang excellent x perlu buat keje bodoh mcm 2, junior aku group 07/10 yang bahlol jer sanggup buat macam 2..sori k u ol sume dak2 poseso 07/10 u ol memang teruk dah lah 2 kalau rasa hebat betul2 hebat x apa... patut lah semua lect jabatan komen group ni paling teruk..dulu aku pekak kan telingan sekarang dah tahu sapa korang sebenarnya...

Kalau nak nasihat 2 tengok2 lah kiri kanan, sapa yang ko nasihat...betul ker jalan ko 2, mcm 2 manusia sentiasa x puas kan..

Thursday, May 14, 2009

ZAMAN SEKOLAH YANG PENUH CERIA..

"Rindu nyer zaman sekolah.."

Holla semua,

korang sume apa kaba?..

aku baru balik dari kerinchi..

saja lepak2 umah viey, turun ptg semalam balik pagi tadi...

Lama x jumpa viey, kebetulan ada urusan sedikit dengan viey..

Ohh yer lupe pulak nak bercerita topic kita hari..

Hari ni pasal zaman sekolah yang penuh ceria, korang sume mesti ada kisah pahit manis semasa zaman sekolah dulu kan...

Biasalah zaman ni kan kita sedang meningkat usia, macam2 benda nak buat..

Aku zaman sekolah lah paling best..apa org kata sempoi giler..

Tapi x lah smpai giler, kalau giler bukan duk tulis blog lah pulak...

Masa zaman sekolah aku cukup aktif ada jer event kat sekolah aku masuk..

Jadi pengacara majlis pun aku, presiden kelab pun aku, masuk debat pun aku, berpantun pun aku, bersajak pun aku...

Bak kata orang sume nak try lah..

Kadang2 ada part yang paling bosan bila keje sekolah banyak dan pagi2 kena iron baju sekolah..

aduh malas sungguh nak buat..

Kadang2 duk pikir2 lambat nyer nak masuk U...

Ala2 nak bebas x payah pakai baju sekolah lah...

Tapi bila masuk U rindu pulak zaman sekolah..ni nama dia manusia sentiasa ada yang x kena kan..

Aku masih ingat lagi peristiwa aku kena baling kapur kat En Alias Hussin ala2 tido dalam clas time clas add mate..sah2 ratu tido bila time add mate, kemudian dia cop aku pemalas nak buat keje dia kat bilik guru siap kata aku duk buat konsert lagi dalam clas..betul pun kata dia, cikgu x ada mula lah aku feeling2 nak masuk AF duk menyalak dalam clas..

Clas aku 5 Sains 1 so korang paham2 lah budak skima sume..

Aku jer yang over entah apa kejadah, atas meja, bawah meja dalam buku sume ada lirik lagu..

Kadang2 aku diketawakan tau, kadang2 ada jugak bagi tepukan..

Nak kata suara macam Dato Siti Nurhaliza x lah sangat tapi boleh lah satu level ngan Mariah Carey...huhuhuhu...

Satu lagi story bila time clas datin..owh sapa datin 2..x lain dan x bukan cikgu fatimah hat. Cikgu B.Melayu aku, korang tahu dia nak menghala ke clas aku dah bunyi tapak kasut dia, sepanjang dia ajar clas aku dari f.2 smpai f.5 dia x pernah pegang kapur k..ala2 diva sangat ok..

Aku jarang siap keje dia, tapi dia x pernah denda aku..aku pun x tahu kena. Mungkin dia alasan tersendiri kan, apapun selama 4 tahun cikgu fatimah hat ajar aku dia dah bagi aku semangat untuk terus kejar cita2 aku...

Satu lagi cikgu paling aku suka adalah cikgu Tan Eng Timb cikgu B.Inggeris aku, dalam clas dia kita orang kena duk sorang2..well aku apa lagi time bi lah nak expose cakap over2 gituh kan..apapun kebajikan kita orang dia sentiasa jaga, cikgu disiplin lah kata kan...apapun thanx of lot mother tan give me supported for everything i do...

Kalau nak citer kan zaman sekolah ni memang esok x akan habis..

jadi korang kalau ada masa free ziarah2 lah cikgu2 kat sekolah lama, x pun buka2 lah album lama tgk zaman sekolah kita..pasti korang akan ingat sesuatu..time mula nak couple monkey love lah...kena denda lah...kena sound kat cikgu lah...ponteng asrama,clas,sekolah n sume lah..

Pendek kata korang akan ada pengalaman 2 sume...

apapun moga korang sume terus suksess..



ariyossss..........

Wednesday, May 13, 2009

TERIMA KASIH DAUN KELADI...PROF DATIN ASMAH AHMAD

"Siap ada nama ku kat atas pen!!!"


"Hadiah daripada Prof Datin..."

"Posing @ Bangi Golf Resort"

Holla sume,
Hari ni korang sume buat apa?keje?jangan kata dan yang duk makan+minum+tgk tv ker..hari ni aku pagi2 buta dah masuk campus nak uruskan pasal thesis aku. Lunch aku hari ini lain dari yg lain. Knp? hari ni kita orang st clas buat majlis perpisahan dekat prof kita orang yang nak bersara iaitu PROF DATIN ASAMAH BT AHMAD

Prof kita orang ni dah nak bersara daripada dunia pendidik ni. Jadi sebagai membalas jasa baik prof yang sentiasa ambik berat dekat kita orang sume maka kami sume buat lah majlis dekat Bangi Golf Resort..open table lah kita orang hari ini...Pensyarah lain yang kami jemput x lain dan x bukan En Zaini iaitu lect paling spoting ngan kita orang sume serta En.Ishak dekat pejabat am yang kami dah anggap macam bapa kami sendiri.

Apapun sebelum balik kami semua sempat dapat hadiah daripada prof iaitu pen "PARKER" di mana pen tersebut tertera nama kami semua. Ini lah kali pertama aku mendapat hadiah yang cukup bernilai daripada seorang pensyarah. Memang terharu sangat2...pen ini lah yang akan menjadi sakti kejayaan kita orang kelak...

Ok lah aku bla dulu...
nati ada apa2 story aku masuk kan pulak dekat blog aku ni...







Tuesday, May 12, 2009

TrIp kE NusAjAYA...

"Jeti Tanjung Kupang"

Italic "Apa itu?..baby kupang!!"


"My Frez n Dr Er our Lect"

"Kita orang dekat sempadan Malaysia-Singapore"


"Adakah ini gadis tiang?"

"Posing dekat GOODHOPE hotel kat skudai"



Hai sume...


selamat malam!!dah makan belum, aku baru makan nasi kerabu beli dekat pasar malam dekat B.B.B tadi.malam2 buta makan nasi lagi, mana x comel jadinya, ok lah malam ni aku x buat apa2 pun just nak surt cari bahan untuk tesis sarjana aku, esok aku nak hadap penyelia aku. So korang paham2 lah aku kena study apa yang patut dulu kan, x pasal2 dia sound aku..ok malam ni aku nak story lah sikit pasal trip aku kat Nusajaya, Wilayah Pembangunan Iskandar, JB...

Habis bentang projex 7hb kita orang terpaksa turun ke JB untuk siapkan CBA bersama2 pensyarah kita org iaitu Dr Er...











Monday, May 11, 2009

GaDuH KeR?...

Holla sume,
sihat?dah sarapan belum?kalau dah orait jom kita baca sama2 baca blog aku ni. kalau yg baru nak baca blog aku yg simple ni thanx of lot sebab kalian sudi masuk ke blog aku ni..ok lah straight 4 word, aku pagi2 nak bercerita akan satu peristiwa yg mungkin kita boleh jadikan panduan, pengajaran dan penilaian buat diri kita..tgk tajuk kat atas aku buat "gaduh ker?"...mesti ada yang tertanya2 aku gaduh ngan sapa pulak. Aku x gaduh ngan sapa2 tapi ada individu2 yang ingin gaduh ngan aku, maksud aku bukan aku jer tapi sume dak2 clas aku pun jadi mangsa juga..

Citer nyer macam ini..dak2 clas aku cadangkan satu majlis perpisahan dibuat untuk penyalaras kami yang dah nak bersara. Kiranya sume dak2 postgraduate program aku dijemput hadir bagi memeriahkan program ini. Fasa 1 adalah proposal dan jemputan, sume ok x kisah buat kat mana..kata senior aku "u all buat, akak bayar jer" ala2 statment mak datin ker. Kira nyer duit 2 mcm daun gituh kan..Fasa 2 aku ngan clasmate aku pun pusing satu bangi n jumpa lah tempatnyer kat Bangi Golf Resort. So far ok lah dia ambik RM60 seorang, kalau ikutkan murah lagi. ni sebab nak tampung pensyarah lagi terpaksa lah bayar lebih..

Fasa 3 beritahu senior yang mak datin 2 ngan junior. Semasa fasa 1 semua setujukan bila masuk fasa 3 nak bagitahu kemudian nak minta duit sume dah x setuju. So mereka x pikirkan kami yang dah bersusah payah cari tempat, kemudian statment mahal lah, x pandai cari tempat lah n seangkatan ngan nyer lah kat kita orang sume.. Geram aku, mahu jer aku sound senior aku 2..kita orang pun bagitahu kat dia sama ada "NAK" atau "TAK NAK" join kita orang...korang tahu mcm2 alasan n analisis dibuat. Kalah analisis berangka kak mimi asmida ku. Aduh memang pening lah, kata nyer dia duk UKM 4 tahun x pernah kena bayar mahal mcm 2. Entah lah manusia ni cakap jer pandai tapi bila tiba masa jauh panggang dari bara..junior pulak, bila col cakap apa "mahal lah, nak tanya bapa dulu..." oh my dear now we're postgraduate student tak kan nak bagitahu bapa pulak. Ni level dah jadi bos dah kita ni, x kan keje keputusan nak minta bapa buat jugak...

Tak sudah daripada itu, lepas senior yang over x puas hati ngan cadangan kita hantar sms kata x nak join. Ok fine, tapi at least col lah bagitahu...kita orang sanggup col. Ala2 sembah ratu lah,plzz lah kalu bukan si bob yang col x hingin aku nak col. Kemudian hantar sms dalam bi ayat bertaburan ok..ejaan bnyak silap. Kiranya nak bagi ayat2 sentap gituh tapi x berkesan. Apa lagi kita org yang sume2 hebat bi ni terus lah lawan balik, so aksi2 balas2 sms yang mcm nak gaduh mula berlaku...satu statment yang memang aku pun akan mengamuk adalah bila dia kata kita orang mcm x ingat jasa dia yang selalu bagi tugasan dia kat kita orang...sial x korang, hakikat yang nyata kita orang x pernah pinjam tugasan dia orang. Usaha sendiri lah kak senior, x mintak tolong korang pun kita orang lepas sume. Kemudian kaitkan dengan penyelaras kata penyelaras marah dia orang bagi tugasan dia orang dekat kita orang, memang sial kan...aku ni ala2 mulut over jugak, kan ada yang sentap kat aku x pasal. Aku semalam lebih banyak berdiam daripada bertindak, geram aku tau....

Senior2 postgraduate kita orang ni aku nak maklumkan macam sial sngat tau..macam abg hery ngan kak nun quit ok lah. Tapi si "SHIKEN" yang belagak mcm mak datin 2 memang sial sangat2 cakap 2 x pandang kiri kanan. Kita orang ni selalu backup dia orang dekat lect2. Terbaru bila lect audit kita orang En zaini tanya pasal keje makmal sama ada dia orang buat atau tidak..kita orang cakap senior 3 ekor buat,tapi hakikat nyer memang x buat. Hari presentation pun x bentang keje dia orang. Ingat En.Zaini suka sangat lah kat dia orang 2...kadang2 kita jer jaga hati dan perasaan dia orang, dia orang mcm nak tegur pun umpama terpaksa. aku sepanjang belajar kat U x pernah lagi jumpa senior mcm ni. Senior2 aku kat UMT dulu, walaupun x kenal nama tapi atas dasar satu cos sentiasa bertegur tanya perkembangan macam ni.

So korang sume, pandailah nilai orang disekeliling kamu, jangan jadi mcm kami umpama lepaskan anjing tersepik...nama jer dak postgraduate tapi cara berfikir mcm dak sekolah lagi...aku harapkan kalulah senior3 aku baca pertama sekali aku nak minta maaf atas kelezeran kita orang sume. Semoga senior3 berbahagia hendaknya,terpulanglah nak kata kami ni x kenang budi ker, jahat ker, celaka ker...it's up 2 u!! mulut korang x kan nak tutup pulak...


Sunday, May 10, 2009

INTIVIEW DPLI, USM KUBANG KERIAN, KELANTAN


"Ada gaya jadi cikgu ker aku ni...Cikgu Faizal@Dr.Faizal?"
A'kum...
Hai korang sume tengah buat apa?jangan kata ada yang baru bangun tido...aku pagi2 buta duk kemas bilik. Sebab aku nak pindah bilik lain kat kolej kediaman aku ni. Bilik selesa lah sikit aku pilih, ni aku nak berstory sikit pagi2 ni...mcm ni tau aku dapat intiview untuk Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah a.k.a DPLI...

Aku main isi jer, x sangka aku jawab soalan exam dalam masa 30 min pun lepas. 2 mana nyer untung sabut timbul untung batu tenggelam, aku bersyukur sebab Allah SWT telah memberkati aku untuk mendapat laluan ke intiview nati. Aku pun masih keliru lagi ni, kalau lah berjaya intiview aku nanti mcm mana ngan master aku?..kadang2 tension jugak ngan situasi macam ni, tapi kalau difikir logik akal keje penting.master bila2 boleh smbung..tapi entah lah biarlah tuhan saja yang tentukan bagaimana untuk aku berdepan dengan semua nie...

Tarikh Intiview : 26/5/2009
Masa : 9.00 Pagi
Vanue : Bilik Tutorial 7, Kompleks Kuliah Kampus Kesihatan,
USM Kubang Kerian, Kelantan
Layak ker tidak aku bergelar seorang guru untuk mendidik anak bangsa...entah lah semua akan terjawab lepas keputusan intiview kelak diketahui...

MY LITTLE PRINCE...

Holla sume,
Korang apa kaba nyer?...dah makan ker belum ni?...aku belum lagi baru balik daripada buat keje kat Bandar JB terus update blog aku...ada keje yang masih belum diselesaikan disana ngan pensyarah aku..huhuhuhuhu...(Kepenatan ku tahap DEWA+DEWI)...

Ok aku penat tapi aku hepi sebab "my little prince" coming around...apa 2? al kisahnya aku dapat anak buah lagi, kali ni lelaki tau...kata mak aku comel macam aku zaman kecik2 tapi mirip bapa dia..apa maksud mak aku? maybe montel mcm aku lah 2 kot masa budak2 cuma muka persis bapa dia...aku masuk ni dah ada 8 orang anak buah...4 prince dan 4 princess yang ensem2 n canteq2 mcm uncle dia jugak...kali ni menjadi tanda "?" dalam famili aku nak letak nama apa pulak kat anak buah aku ni...aku ada list nama yang mungkin boleh aku hantar nyer sebagai proposal kat famili aku. Antara nama aku listkan nak letak kat anak buah aku ni adalah seperti berikut..

1.Muhammad Ikwan Izhan
2. Muhammad Adam Haris
3. Muhammad Luqman Nur Hakim
4. Muhammad Amir Iz'zudin
Ok x korang nama "My Little Prince" aku yang aku akan pastikan akan jejak langkah mcm aku..hohohoho...
ni buat aku x sabar nak balik tgk "My Little Prince"...

Thursday, May 7, 2009

RinDu gLeR zAmaN dEgReE @ uMt..


Holla korang sume,

Buat apa2 2? dah makan blm?mandi? kalau sume dah siap sedia apa lagi jom lah baca blog aku ni. Biasalah blog jejaka gatal tangan yang over nak menulis nak jadi editor majalah x layak so tulis kat blog sajaaa!!..


owh yer lupe pulak tajuk aku kat atas 2 rindu gler zaman degree dkt UMT Kuala Terengganu, Terengganu. Tapi x lah sampai hilang kewarasan dah...banyak sangat kenangan indah dekat sana dan sampai kan aku terpanggil untuk membuat blog bagi group degree aku kat UMT dulu. Blog yang akan aku bina nati akan aku masukkan perkembangan dak2 clas aku dulu. Keje apa? dah kawin ker? anak berapa? laki hensem x? isteri canteq ker? sume 2 akan aku masuk kan dalam blog 2 nati..korang sume sabar sikit tau aku dalam proses nak membina blog tersebut, nati mudahlah korang sume nak tgk apa yang berlaku kat kawan2 aku zaman degree dulu..


Apapun tunggu kemunculan blog zaman degree aku yang bakal aku bina x lama lagi ok..

tata...

CuTi2 oVeRseA kU...

Morning sume,

sebab pagi indah maka aku nak cterkan life aku hari2 mendatang ni, setelah keje berada pada kapasiti 90% siap aku ngan bangga nyer lah mula nak merancang apa benda nak buat masa balik kampung ni, benda wajib of course tido+makan+tgk tv+surt internet+kacau anak buah aku+ronda2 pusing kampung lawat anak2 buah (al maklum lah anak penghulu kampung)..hehehehehe..

2-3 hari lepas kawan baik aku yg keje kat jabatan imegresen johor msg aku tanya x ada plan apa2 ker cuti nati...well macam aku list kat atas 2, 2 lah keje aku bila tiba cuti nanti, so nak dijadikan cter kawan aku ni yang suka melancong ke sana ke mari nak ajak aku keSingapore dengan Batam, Indonesia...so, kiranya trip oversea lah aku kali ni, kalau dulu biasa main kat pulau2 jer, skrg travel jauh lah sikit...x sabar lah pulak, sebab aku pilih Singapore mcm nak tahu jugak mcm mana life negara kecil tersebut..just look n see kata mat saleh, nak shopin 2 korang jangan harap lah..Mula2 nak ke australia tapi mcm AirAsia x ada ofer tiket murah jer...
Maybe nak tgk kanggaro 2 tunggu hantar didie buat dentist kat sana kot..sapa didie? 2 adik lelaki aku yang nak smbung pengajiannya dalam bidang pergigian...
Mesti mak bapak aku kena fly hantar dia jugak, well aku apa lagi berangkut jugak lah, nak suruh buat kat Malaysia x nak, nak jauh2 kemudian mula lah nak menangis..duk sek asrama kat t'ganu pun boleh menangis ni kan nak duk oversea..alah budak2 muda ni semangat kuat...

So kita teruskan dengan agenda aku nak travel 2 kan, kalau ikutkan jadual perjalanan plannya nak gerak bulan jun or july ni sebab nak siapkan keje dulu, aku ni nak travel bulan jun bimbang jugak maklum lah sepupu ramai nak kawin x pasal2 kena sembur kat bapa aku...ohhhh tidak!..
bulan 8 x boleh kawan aku sibuk nak ronggeng apa entah aku pun x tahu, aku pun maybe bulan 8 nak buat trip ke Borneo ngan dak2 clas aku, tapi 2 lah dia org ni nak ker x?....aku pernah baca dalam masalah "Libur" alah majalah pelancongan 2, dia ada tulis kajian daripada agensi pelancongan dekat eropah mendapati manusia yang suka mengadaptasikan kehidupan masyarakat daripada pelbagai budaya dan adat akan lebih ke depan berbanding mereka yang berada pada lingkungan mereka sahaja..apa maksud 2? bukan nak paksa travel, tapi orang kata kalau ada peluang 2 kita rehatkan diri sekejap, alah time muda2 ni lah nak ronggeng sana sini, kalau dah berfamili segala x ada masa dah nak buat sume 2...'

Ok lah korang sume, aku nak hulalaa kejap...apa 2 hulala?..bahasa aku ngan adik aku, nak borak ngan dia jap pasal planning mother days kita orang...jumpa lagi...

HasiL KaJiaN kU bAkAl D'pUBlisH kAN...

Holla..
jam kat laktop aku 8.44 pm so izinkan aku ucapkan selamat malam dekat sume, sori lah tiba2 rajin nak post cter malam ni. Biasa lah keje x ada, buat2 ada keje..malam ni aku nak story sikit pasal hasil kajian aku masa zaman undergraduate yang akan dipublishkan kepada umum x lama lagi, memang terkejut jugak supervisor aku masa degree col aku cakap yang dia dah hantar abstrak kajian aku dekat pihak penganjur, jadi kalau x ada apa2 halangan hujung tahun ni aku akan bentangkan hasil kajian aku. Katanya akan dibuat dkt UKM, tempat aku study skrg...mcm terkejut tahap badak x cukup mandi pun ada bila dapat tahu kajian aku buat nak dibentangkan. Mesti korang tertanya2 apalah projex aku buat masa degree kan..aku fokus pada perancangan keluarga, alah family planning semakin hari semakin sayang...

Projex aku ni pelik sikit, x pernah ada dak jabatan aku buat tajuk ni..aku jer over yakin buat tajuk ni. Al kisahnya masa zaman praktikal aku buat latihan praktikal aku dekat Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara @ LPPKN, so kat situ aku mula mengenal erti perancangan keluarga sebenar...
Lepas kumpul data sume, tiba lah sem yang memang tension untuk student tahun akhir zaman degree iaitu buat paper projex (tension ker?x kot!!)...aku pun dengan yakin buatlah pasal family planning, biasa kita dengar kalau analisis tajuk ni dah perempuan buat.Tapi kata ketua jabatan aku Dr. Nizaita, pemahaman kaum lelaki berbeza ngan kaum perempuan tentang program perancangan keluarga ni..

So that why, dia suruh aku teruskan dengan kajian aku...aku diletakkan bawah supervisor yang memang paham jiwa "massy" aku ni iaitu puan ismar liza mahani bt ismail...
Kenapa aku pilih dia?..
Dia jenis pensyarah teliti tau, korang bayangkan setiap kesalahan ejaan yang korang buat dia akan dapat kesan, dia banyak bagi sokongan kat aku agar buat yang terbaik dalam idup ni. Kalau x sokongan dia ngan cik rozita aku rasa aku x akan smbng master...thanx of lot...

Apapun peluang yang diberikan ni akan aku gunakan dengan sebaik mungkin,
thanx pn.ismar n cik rozita bagi peluang pada saya...

AkhirNYA kini pasti....

Selamat tibak kepada sume yg sudi membaca blog aku ni, sori lah sebab aku dah lama x update blog aku ni almaklum lah hari 2 sibuk ngan exam sekarang ngan projex n field work pulak..apapun projx aku dah selamat bentang depan barisan pensyarah pusat pengajian aku..siap ada pegawai JHEOA yang datang nilai, entah lah macam mana keputusannya nati..
kita tunggu jer lah..
mcm ni lah korang sume kalau kita asyik dihimpit keje yang bnyak sampai nak hangout ngan member2 pun x sempat..
korang pun mesti sama kan..
selesai projex kena habiskan CBA pulak...
kiranya lewat jugak lah ku pulang ke kampung....
x sabar nak balik kg..
dekat2 nak cuti sekolah ni ramai pulak org yang nak kawin..
termasuklah sepupu aku...
dah nak kawin dia..
aku lewat lagi kot..
cita2 x tercapai lagi...