CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, January 11, 2010

TENTANG SESEORANG...

Salam kasih semua..
Emmm petang ni tangan terasa masa melakarkan sesuatu di dalam blog kesayangan aku ni..ketika merehatkan badan tadi terdengar sajak yang dilafazkan oleh seorang teman…b est jugak sajak ni..x silap sajak ni dalam filem “ADA APA DENGAN CINTA a.k.a AADC”..memang best sangat2 jalan cter dia…


TENTANG SESEORANG

Ku lari ke hutan kemudian menyanyi ku..
Ku lari ke pantai kemudian teriak ku…
Sepi…
Sepi dan sendiri aku dibenci…
Ingin binga aku mahu dipaksa…
Bosan aku dengan penat…
Nyah saja kalau bukan..
Seperti berjelaga kita ku sendiri…
Pecahkan saja gelasnya…
Biar ramai…
Biar mengaduh sampai gaduh…
Ada malaikat menyulang jaring labah-labah belang di tembok kratung puteh…
Kenapa tak goncangkan saja locengnya…
Biar berderai…
Atau aku harus lari ke hutan atau ke pantai…

Sunday, January 10, 2010

S.A.H.A.B.A.T....


Holla…apa kaba sume? korang sihat ker? harap2 pada minggu awal pada tahun baru ni kita sihat lah yerr…sorilah sebab dulu aku jarang untuk berkongsi cerita aku di dalam blog P.O.H aku yang aku sayang ni…kali nie aku nak kongsi cerita aku dengan korang sume tentang beberapa peristiwa yang boleh kita jadikan panduan untuk hidup kita…


Penghujung Disember 2009 dan awal January 2010 menguji aku dengan pelbagai cabaran terutama friendship…lagi2 pasal friendship kadang2 kenapalah kita perlu propal untuk berada pada zon yang selesa sehingga menyebabkan orang lain terseksa. Korang sume mesti blur ngan apa yang aku bebelkan ni…Sebut pasal friendship ni aku memiliki sahabat yang lebih matang daripada usiaku. Perkenalan kami semasa sama2 mengikuti kursus perguruan adalah kenangan yang paling indah, dia sungguh baik dimataku..kadang2 aku panjatkan syukur kerna dikurniakan sahabat yang begitu memahami aku…


bak kata aizat “sahabat, mengapa kau pergi, tinggal aku sendiri kau tahu tak sanggup…sahabat…ingatlah kau selalu jadi yang terbaik walau kau x di sini lagi…ermmmm…..sahabat aku rindu padamu datang walau sesaat…” lagu ni mungkin sesuai untuk friendship kita orang…hari berganti hari, bulan berganti bulan kami masih lagi berkawan, namun aku menyedari ada sesuatu misteri yang belum terjawab dengan temanku ni..


Entahlah mungkin dia ada masalah peribadi, aku jenis slumber badak lantak lah, ada dia cter aku ok jer…penghujung pengajian kami tiba jua, saat2 akhir mengikuti kursus nie aku terlampau sibuk dengan tugasan dan pengajian sarjana aku di UKM…dia makin menjauhkan diri daripadaku dan pelbagai masalah timbul antara kami…mungkin inikah alasan yang dicari untuk menjauhkan diri daripada geng kami semua…mula2 kami semua pikirkan mungkin dia ada rahsia peribadi yang x mungkin akan dapat kami kongsi bersama…kelakuan peliknya dikatakan semakin ketara apabila wujudnya watak gadis yang kami klasifikasi “gedik” di matanya. Apa mampu kami katakan dia sekarang bahagia dengan gadis gedik ituuu….aktiviti aku dengan geng2 aku berjalan seperti biasa tanpa kehadiran dia…kami tetap tengok wayang dekat Midvely+shoping sama2+makan sama2+ziarah keluarga salah sorang geng kita orang tanpa kehadiran dia..mungkin “friendship forever” bukan lagi milik dia…


Susah sangat ker nak ilhamkan friendship forever 2..atau mungkin friendship forever digunapakai masa susah..bila susah aku dicari, bila senang jual mahal…aku pun lelaki jugak sama macam dia. Tapi janganlah terlampau ego dalam persahabatan nie..aku kesiankan teman2 ku yang lain mengharapkan sebuah persahabatan yang akan bertahan selamanya kini menunggu masa untuk hancur kerana kami semua umpama hidup segan mati x mahu dah dengan dia. Kadang2 aku sentiasa mengalah dengan dia, ditanya dah makan ker? Ada kelas ker? Sihat ker? Tapi aku x ada siapa bertanya…kadang2 mindaku mula memaksikan kejahatan akan apa yang aku lakukan iaitu aku terlampau baik sehingga dia naik lemak sedangkan aku ngan geng2 aku kecewa dengan apa yang dilakukan..mungkin ini life yang dia inginkan, bila susah percayalah dia akan cari aku dan geng aku jua…


Mungkin naluri dia kuat mengatakan dia 2 artis kat sini sebab 2 segalanya “NO KOMEN”. Kalah spekulasi putera2 raja…sepanjang idup aku 24 tahun aku x pernah memiliki sahabat yang begitu pelik perangainya. Kita bila hafazkan friendship forever bermaksud kita adalah teman susah dan senang..Aku minta pandangan teman baik ku yang juga pegawai psikologi dekat PPUM tentang masalah ini, menurut temanku mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan personality individu tersebut atau mungkin dia merahsiakan tentang dirinya takut kita kecewa untuk berkawan ngannyer nati…sehingga blog ni ku lakarkan perangai dan egonya tetap sama biarlah dia ngan dunia dia aku pun banyak lagi urusan yang belum ku selesaikan termasuklah pendaftaran aku dekat British Council bagi menyambung pengajian Ph.D aku dekat Leed, UK..ermm kawan ngan mat salleh lagi best…


Susah tau aku nak ilhamkan istilah akrab dalam persahabatan, bila benda ni terjadi aku harapkan ianya akan berkekalan hanya kematian sahaja memisahkannya. Namun bila telenovela ini ditayangkan aku terpaksa pasrah, mungkin tuhan ingin uji aku dalam menjelang kedewasaan aku nati…yang mana teman yang mana lawan….ermmm ok lah korang aku nak sambung buat tugasan aku sikit lagi…sayang korang sume…



p/s…buat geng power D kalian bersabar lah…sinar kebahagian bakal muncul nanti, anggaplah ini semua dugaan untuk kita.

Saturday, January 9, 2010

P.O.H kembali...

Holla...
Korang sume apa cter?..sihat ker? sori lah sudah lama aku tak coretkan diari perjalanan idup aku. al-maklumlah keje memang banyak. korang jangan risau aku sudah kembali dan aku akan pastikan akan ada cter yang menarik akan aku lafazkan kepada kalian semua. Aku sekarang sibuk nak habiskan pengajian DPLI aku di UPSI..tak lama lagi aku bakal praktikum, aku dapat 2 pilihan sekolah..

pilihan 1 : SMK RAJA SAKTI

pilihan 2 : SMK TENGKU BARIAH

entahlah yang mana satu pilihan aku, apapun aku x sabar nak coretkan banyak story kat dalam ni. untuk kali ni aku x boleh cter lagi sebab aku ada hal nak ku kerja kan..nati aku coretkan k..


SALAM SAYANG..

CIKGU FAIZAL