CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, April 27, 2009

AizAt IkOn PiLiHaN kU

Holla sume,..
korang apa cter hari ni?..mcm mana keje ok ker? kuliah? exam?..sebab skrg kan dak2 IPT sibuk ngan final exam 2 aku tanyakan exam..ok lah hari ni aku nak cterkan tentang ikon aku. alah ikon ini lebih kurang idola lah, tapi x leh ikut dia 100% kita ambik sebagai gambaran untuk hidup kita jer...yang baik kita jadikan pedoman untuk idup kita sume, kalau yang choy 2 jangan lah ikutkan nati x pasal2 bahaya kan diri kita jer. Ok lah berbalik kepada ikon pilihan aku, aku pilih AIZAT sebagai ikon aku, adalah sebab2 tertentu kenapa si aizat ni menjadi pilihan aku. Apa yang aku tgk pada diri si aizat ni dia jenis yang tabah yang teramat2 sangat. Korang sume tengok x body dia, dulu dia berisi kan sekarang dah slim n slim dah. Memang dia usaha sangat2 jaga body dia n pemakanan dia agar selaras ngan kerjayanya sebagai anak seni..aku memang suka sangat lah tengok kegigihan aizat dalam usaha dia nak kuruskan badan ni..Lagi satu aku jadikan aizat sebagai ikon aku sebab perwatakan dia yang simple tapi bertenaga. Korang tengok x bila dia buat persembahan dengan gitar dia memang selamba gler...imej dia pun buat aku tertarik jugak, simple n up 2 date..memang ciri-ciri macam ni yang best...yakin apa!! terutama bila nak berdepan ngan public. Lagi pun fesyen aizat pakai memang mudah nak dapat kat Malaysia ni.

Lagi satu aizat ni jenis yang x mudah putus asa, korang ingat x bila dia kuar AF gara2 dia miliki body yang berisi dan penonton bukan nilainya daripada bakat yang dia miliki, tapi dia tetap tabah n teruskan usaha untuk naik dan tengok sekarang memang satu level ngan penyanyi hot lain kat Malaysia ni. Maybe, time 2 rakyat malaysia buta kot 2 salah pilih pelajar yang berbakat ngan pelajar yang datang hanya ngan paras rupe...tapi x apalah sekarang aizat terus unggul dipersada seni padu suara tanah air. Ngan lagu nyer yang penuh ngan msg tersendiri!!..aku paling suka lagu "fikirlahh, "sahabat" dan "hanya kau yang mampu" memang layan habis lah...

Hari 2 aizat ada datang UKM, ada show kat DECTAR aku x ingat sempena apa, tapi memang sedih gler lah dapat tgk dari jauh jer sebab ramai sangat orang, aku pulak lewat sampai gara2 baru balik hangout ngan mimi n viey kat kL so terlepas lah jugak lagu dia...masa aku sampai dia tengah nyanyi lagu "Hanya kau yang mampu" versi akustik..memang best gler lah..apapun aizat aku terus sokong ko, jadilah artis malaysia yang terbaik iaitu bebas daripada segala kontroversi liar yang akan merosakkan riputasi ko sebagai ikon kepada muda mudi mcm aku..huhuhuhu!!

"hanya ko yang mampu ...aizat"

0 comments: