CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, March 19, 2009

TaHniAh PuTErI kElAhIrAN kElanTan...

Pada 12/3/2009 yang lalu keputusan bagi peperiksaan S.P.M tahun 2008 telah diumumkan, dan berita pelajar cemerlang negara adik Nik Nur Madihah Bt Nik Mohd Kamal yang merupakan pelajar SMU(Arab) Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu (dekat ngan sekolah aku dulu!!) yang meraih 20A (19A1 dan 1A2) dalam peperiksaan tersebut cukup menggempakkan dunia pendidikan hari ini. Bayangkan 20 matapelajaran yang di ambil bagaimana lah dia mampu untuk menyesuaikan diri dan melengkapkan segala ilmu yang diperlukannya untuk menjawab setiap soalan yang diajukan. Kita yang normal ini 10 matapelajaran pun belum tentu untuk mendapat A1 dalam semua subjek. Tapi kata orang, di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung, alang-alang celuk pekasan biar sampai pangkal lengan...mungkin tu lah membuatkan adik Madihah kuat menghadapi cabaran2 yang akan dilaluinya....

Aku paling sayu bila dia kata kan "saya x pernah tuisyen"...sentap jugak mendengarnya sebab budak yang ambik banyak subjek ini akan study sendiri n akan hadir tuisyen, apa aku kata kan dia insan yang luar biasa, dikurniakan akal fikiran yang begitu kuat untuk menghadapi cabaran dan dugaan yang mendatang. Paling aku sedih bila dia berasal daripada keluarga yang miskin...tengok saja teratak mereka yang telah membuktikan bahawa adik madihah berada dalam serba kekurangan...namun walaupun berada dalam kekurangan dia tetap bersemangat meneruskan perjuangan hidupnya bagi menghadapi cabaran di luar sana. Aku kadang2 terpikir mesti dia x ada handset, kuar jalan2 ngan member, tengok wayang jauh sekali lah...aku rasakan hari2 diisi dengan membaca,ulangkaji n membuat latihan...memang aku tabik hormatlah dekat adik madihah.

Malaysia, sebagai sebuah negara yang membangun patut bangga memiliki barisan pelapis seperti adik madihah yang begitu cemerlang untuk mengecapi cita2 nyer sebagai ahli fizik yang berjaya suatu hari nati. Aku doakan semoga adik madihah akan terus berjaya pada masa akan depan, mencipta keagungan ilmu fizik setanding dengan lagenda tokoh2 islam yang lain. Walaupun adik Madihah perempuan dan lahir dalam serba kekurangan jangan jadikannya sebagai alasan untuk terus berjaya. Ingatlah walaupun di mana berada kalau kita usaha+doa+tawakal insyaallah kejayaan akan menjadi milik kita....

p/s:
Pesanan nie khas buat my sweet didie (sekolah menengah sains kuala terengganu a.k.a sester) yang akan menduduki s.p.m tahun ni, aku harap dapat buktikan yang anda memiliki nama yang cukup gah "MAHATHIR" jadi tunjukkan kepada dunia bahawa anda juga mampu kuat seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad, ingat cita2 nak terbang ke Australia untuk menjadi pakar dalam dunia pergigian tidak akan terlaksana kalau usaha tak ada. Jadi untuk s.p.m yang akan berlangsung pada 18/11/2009 hingga 19/12/2009 di harap agar didie dapat tunjukkan bahawa 9A1 adalah milik didie....

0 comments: