CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, March 18, 2009

ANTARA MAWI, SOPHIA, ADI PUTRA DAN NOR AMIRA

U all tau... Mawi tak akan dapat membela bangsa kita mahu pun
mendidik anak-anak kita menjadi insan yang soleh..dia sendiri pun hanya dapat
gred 3 SPM... hanya media yg berjaya menyeret dia untuk meraih rezki yg
kebanyakan ulama mempertikaikan status halalnya... dari seorang yg kononnya
berakhlak dan beragama dia dibentuk menjadi seorang yg bebas dari belenggu
syariat... namun tangan-tangan kotor telah berjaya menyarungkan jubah konvo yang
hanya layak di pakai oleh insan yang cemerlang dalam pendidikan.. . tidak
hairan para remaja mula berhujah: " masuk universiti tak dapat keje..apa ada
pada nilai ilmu?... Mawi dpt Gred 3 SPM pun boleh konvo jugak..lebih kaya
dari lulusan universiti". .. .sukar untuk menjawabnya.

Nun di sana..ada seorang insan comel..bernama Adi Putra... punya
kecemerlangan dalam bidang Math yg sukar dicapai oleh walau seorang
siswa... beliau dgn petah memberitahu bahawa dia ingin menjadi
seorang Profesor Mathematic Islam, dia sangat taat dalam agama..tekun dalam
mempelajari syariat Allah... namun tiada pihak "media" dan "pemimpin"
kita ambil peduli... bahkan dicari pula kelemahan Adi yg kononnya hanya
terer dlm satu bidang saja..perlu diingat..profesor universiti pun hanya
pakar dalam satu bidang saja... mana ada pakar doktor perubatan dlm masa yg
sama adalah pakar kejuruteraan? ... tapi atas keinginan untuk mengenepikan
Adi... berbagai alasan di buat... akhirnya keluarga Adi terpaksa mencari
arah sendiri dalam menentukan masa depan pelajaran dan cita-cita Islam
Adi...

Muncul pula adik Nor Amiira... yg berjaya menghafal 30 juz Al Quran
seusia 10 tahun ... dia mula membaca dan menghafalnya ketika usia 5 tahun...
dalam satu pertandingan hafazan dia telah mendapat tempat kedua ... peserta
semuanya berusia 15 tahun ke atas... cerita itu terus sepi... "media"
dan "pemimpin" kita tidak berminat mempopularkan tokoh2 kecil ini...
tiada juga bantuan yg diberikan... tetapi perlu diingat: ada insan seperti amalina yang mendapat 17A SPM
telah diberikan penghormatan yg tinggi dan biasiswa untuk belajar di luar
negara ( sekarang dah tak pakai tudung dah),
tak kurang juga Sophia yg duduk di London tu mendapat juga penghormatan negara..di jaja ceritanya tak habis-habis di
TV kita suatu masa dulu yg sekarang kabarnya dah murtad. Ok juga
media dan pemimpin kita kan?...

Inilah yg perlu kita cari titik perbezaan dan persamaannya. .. sama-
sama kita renungkan:

Adi dan Amira
membawa cita-cita keislaman dan bakal membawa pembaharuan
jika di beri peluang... maka mereka tidak mendapat apa-apa
preveilege.

MAWI
membawa bangsa kita leka maka dia mendapat tempat dan penghargaan.

Amalina
dah jadi bahan jajaan sebuah badan politik dan dah pun tak pakai tudung
lagi... sama dgn Mawi..maka dia tidak lagi membawa apa-apa mesej
Islam... so boleh di sokong.

Sophia
( bukan warga kita) mak melayu ayah org asing juga mendapat
layanan dan kemuliaan sebab tiada membawa apa2 mesej ISlam... so mesti di
beri sokongan.

Dengan itu dapatlah kita faham... .bangsa kita ini hanya akan
memuliakan anak-anak kita yang berjaya dalam "hiburan' dan " menolak syariat".
Bagi anak-anak yg bakal menyedarkan Umat ..awas !! anda adalah 'musuh
bangsa dan negara' ini..


Apa pandangan anda?...

(SUMBER: DARI SEBUAH WEBSITE...HANYA UNTUK BERKONGSI PENDAPAT DAN BUKAN UNTUK MENYALAHKAN SESIAPA....UTARAKAN PEBDAPAT MASING2 SAHAJA..)

0 comments: